Monday, 4 September 2017

Kekuatan dan Kelemahan Peta i-THINK

  





Pengenalan

Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif pada masa akan datang. Malahan,  membantu memupuk pelajar berfikiran aras tinggi dan berdaya saing. Pemetaan i-THINK mempunyai 8 jenis peta bulatan peta buih , peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir,peta pelbagai alir dan peta  titi. Peta - peta tersebut disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi peta pemikiran.



Kekuatan Peta i-THINK

    Pemetaan i-THINK telah memberi banyak kesan positif terhadap murid dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah dapat meningkatkan interaksi antara guru dengan murid. Melalui latihan atau proses pembelajaran yang mengaplikasikan pemetaan i-THINK murid akan menjadikan guru sebagai rujukan untuk penggunaan pemetaan dalam proses pelajaran subjek yang tertentu.  

Selain itu, pemetaan i-THINK membantu meningkatkan kerjasama antara pasukan dengan memberi sumbangan idea masing-masing dalam kumpulan. Hal ini menyebabkan berlaku percanggahan idea dan pertambahan maklumat antara kerjasama kumpulan. Secara tidak langsung, wujud hubungan interaksi antara murid dengan ahli kumpulan. Dalam konteks yang sama, idea yang disumbangkan oleh setiap ahli kumpulan secara bergilir-gilir akan melengkapkan sebuah pemetaan dengan sempurna. 

Di samping itu, murid akan berasa seronok dan tidak tertekan untuk menghasilkan nota daripada buku rujukan. Hal ini kerana, buku rujukan yang tebal mengambil masa yang lama untuk dibaca dan difahami oleh sesetengah murid. Dengan penggunaan peta pelbagai bentuk ini, segala isi atau maklumat penting hanya dicatat secara ringkas lalu dilakar dalam peta. Malah nota-nota tersebut lebih mudah difahami dan hanya mengambil masa yang singkat untuk dibaca. 

Seterusnya ialah dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan keupayaan minda untuk berfikir dan membuat refleksi bagi menyelesaikan masalah. Manakala berfikir secara kreatif dan kritis ialah kebolehan untuk menilai sesuatu idea. Dalam konteks ini, murid dapat meningkatkan keyakinan dalam meluahkan pendapat yang berbeza dalam peta berdasarkan pemikirannya.



Kelemahan Peta i-THINK 

      Terdapat beberapa kelemahan dalam program pengaplikasian pemetaan i-THINK dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kelemahan ini secara tidak langsung telah memberi kesan yang negatif kepada pelajar. 

Antara kelemahan pemetaan i-THINK dalam proses pembelajaran terhadap murid ialah tidak sepenuhnya murid dapat mengikuti pembelajaran berasakan peta i-THINK. Konsep pemetaan ini mungkin dilihat sebagai satu konsep yang sukar untuk dilaksanakan dalam proses pembelajaran terutamanya terhadap murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Bentuknya yang pelbagai menyebabkan murid sukar serta keliru untuk membezakan setiap fungsi peta dengan betul. 

Selain itu, maklumat yang diberi dalam peta adalah terhad. Murid perlu mengelaskan maklumat yang lengkap kepada sebuah maklumat yang ringkas untuk dimuatkan dalam peta yang tertentu. Hal ini akan membataskan penjanaan idea dan huraian murid kerana sifatnya yang terhad dan ringkas. 

Bukan itu sahaja, sebagaimana yang kita tahu, waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah waktu yang sangat singkat. Jika setiap guru yang masuk ke kelas mengaplikasikan peta i-THINK dalam subjek yang diajar, ia akan mengambil masa yang lama dan mungkin akan menyebabkan pembelajaran tertangguh. Hal ini kerana, masa tidak mencukupi untuk melengkapkan pembelajaran dan aktiviti melibatkan peta i-THINK.





Kekuatan dan Kelemahan Peta i-THINK

   Pengenalan Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam ...